Wednesday 7 December 2011

NIKMATI KEHIDUPAN

Orang pakai Alphard,kau nak pakai Alphard,orang pakai BlackBerry,kau nak pakai BlackBerry,orang pakai New Balance,kau nak pakai New Balance.Nikmati kehidupan,jangan jadi orang lain.

Contohnya bila nampak kawan berjaya sebab jadi salesman minyak wangi,kita pun nak jadi macam tu.Bila tengok orang jual burger  pakai Mitsubishi Lancer Evo 10,kita pun mulalah berkira-kira belajar masak burger.Contoh lain ialah jangan terikut-ikut cara hidup orang lain.Setiap orang ada punca rezeki dan gaya hidup masing-masing.Kalau semua orang nak beli Mercedes dengan BMW,siapa nak beli Myvi dengan Saga?.

Dunia ni dah ada ketetapan dan rezeki masing-masing.Kemampuan adalah apa yang kita rancang.Kalau dah sebulan dapat seribu,kenapa mesti hari-hari nak makan McD?Kalau makan Nasik Lemak tak kenyang ke?Siapa yang tak nak jadi senang,semua orang nak pakai kereta besar ,rumah besar,bini besar,tapi macam yang aku cakapkan tadi,senang pada material tak semestinya selari dengan kehidupan.Kalau duit banyak tapi terpaksa tidur 4 jam sehari pun,takde makna gak.Yang penting buat apa yang kita suka dan nikmati hidup sepuasnya.

Kalau kata kita mampu modified sebuah Proton Wira,buat dengan sabar,buat sikit-sikit,lama-lama cantik gak kereta tu.Boleh gak ada rupa Evo 1,2 atau 3.Walaupun tak macam yang original Mitsubishi.Tak payah nak cemburu dengan kawan yang pakai Subaru Version 9 dengan kos modified 50K sekalipun.Kita perlu berjaya jadi diri sendiri untuk berjaya dalam hidup,tetapkan pendirian.Cita-cita tak semestinya untuk budak-budak di bangku sekolah.Dalam hidup jangan fikir menyesal ke atau perkara yang dah jadi sejarah,tak payah nak fikir positif negatif,pandang kedepan,redah apa yang ada.

Jadi ingatlah,setiap orang ada rezeki masing-masing.Mungkin kita boleh ikut mereka yang dah berjaya,dengan menjadikan mereka sebagai contoh dan menambahkan semangat kita untuk berusaha lebih gigih supaya menjadi seperti mereka.Ini tidak,kita gaji hanya RM1000 tetapi sanggup berhutang sana-sini semata-mata nak dapatkan apa yang kawan gaji RM10000 ni ada.Bersyukurlah wahai kawan,bersyukurlah.

Cerita untuk kali ni aku amik “based” atau berdasarkan dari Majalah KERETA keluaran bulan Disember 2011,BIL 144.Artikel ni aku dah ubah sikit-sikit supaya takde la rasenye meng”copy”  dan “paste” hasil dan kerja seseorang.Rasanya bukan sikit-sikit kot,banyak yang aku ubah ni.
Idea datang sewaktu hujan turun selepas waktu Zohor,selepas aku solat Zohor dan makan tengahhari.Masa makan tu la idea datang mencurah-curah.Mak aku masak Asam Pedas ikan Cencaru pulak.Selesai je makan,aku terus taip menggunakan “mesin taip” aku ni.Aku “cout<<”(bahasa C++ untuk mengeluarkan output)segala apa yang aku fikirkan semasa makan tadi.Dan inilah hasilnya.Andaikata aku dikira mencuri artikel ni,aku mintak maaf,jangan saman aku,aku takde duit nak bayar.Tujuan aku adalah untuk berkongsi artikel yang aku rase best ni.Sebabnya,ada gak yang tak baca Majalah KERETA kan?Jadi aku guna kan kemudahan Blog ni untuk berkongsi artikel,tak payah la aku nak belikan setiap sorang satu,suh baca ataupun aku bawak buku ni,tunjuk kat tiap orang.Sekian,wassalam.

2 comments:

  1. wah,terbaek bro post ko ni...
    bley jd panduan pada yg diluar sana khususnya "bakal-bakal" pekerja...

    ReplyDelete