Sunday 25 December 2011

AKAL,HATI DAN USAHA...


(AKU SUKA BUAT CERITA PANJANG-PANJANG SEKARANG NI.KALAU KORANG BACA SEKERAT JALAN,MUNGKIN KORANG TAK DAPAT APA YANG AKU CUBA SAMPAIKAN.KALAU KORANG NAK CARIK MUTIARA,KORANG TAK KAN JUMPA KALAU CARIK KAT PERMUKAAN LAUTAN…KALAU DAH SAMPAI DASAR PUN TAK JUMPA,TAKDE REZEKI LA NAMANYA TU…TAK SEMUA LAUTAN KITA SELAM ADA MUTIARA…)

Akal,hati,usaha…3 gabungan yang akan mendapatkan target atau kemahuan kita.3 benda ni aku kaji dan dapati,ianya akan mendapatkan apa yang aku hajati jika aku benar-benar mahukan nya.Di sini aku hanya memfokuskan kepada gabungan akal,hati dan usaha.Di ingat kan lagi sekali,”AKU HANYA MEMFOKUSKAN KEPADA AKAL,HATI DAN USAHA SAHAJA”.Aku bercerita ni tentang berdasarkan diri aku sendiri.Kalau tak sama dengan korang,tu korang punya hal la…sebab lain orang,lain cara dan pendapat…hehehe…

Aku dapat kesan perkara ni semasa aku nak tido yang belum terlena.Aku terfikir selama ni jika aku nak kan sesuatu barang tu sangat-sangat,apa penyebab yang aku leh dapatkan nya.Contoh pertama yang aku bagi di sini ialah motor pertama yang aku beli masa aku tingkatan 4.Dalam akal aku(fikiran la tu…)aku sering terfikir nak kan motor sendiri supaya aku senang nak ke mana-mana.Sebab kalau nak pinjam motor bapak aku,memang tak dapat la…dia nak bawak pegi kerja…Di sini,akal aku telah memainkan peranan nya yang pertama.Kemudian hati aku pulak,aku niat kan aku akan dapatkan gak sebijik motorsikal…aku tetapkan hati aku,walau apa pun yang jadi aku nak gak.Hati aku memang macam ni.Kalau aku dah kata nak,aku nak gak…kalau aku kata tak nak,tak yah la nak pujuk…memang tak la jawapan nya..hahaha…Hati telah menjalan kan tugas nya di sini untuk aku dapat kan motor.Untuk tugas yang ketiga di serahkan kepada usaha.

Aku mula mengatur plan macam mana nak dapatkan motor.Habis je Peperikasaan Menengah Rendah(PMR),aku terus buat cuti sekolah sendiri(ponteng).Aku bekerja di kantin kilang tempat bapak aku kerja.Adalah dalam dua bulan kot...Kat situ je aku dah dapat RM600.Sambil tu aku ada gak ikut pak cik aku wat kerja – kerja kebun.Amik upah sikit-sikit je.Jual nenas,tanam anak nenas,cabut pokok kunyit dan basuh kunyit dalam parit.Akhirnya dapatlah RM1000 lebih dalam tangan.Dapat la aku keluar sebijik motor dengan RM1000 duit aku sendiri.Tapi untuk bayar bulan-bulan RM80,tu bapak aku la…sebab lepas cuti tu kan dah sekolah…RM1000 tu untuk duit kuarkan motor je…hahaha..(jadilah…separuh duit aku,kena la jaga motor tu…aku sayang gak).

Kemahuan aku yang besar untuk bukti yang kedua ni pulak,aku nak kan dua handphone baru dengan sebijik laptop.Satu yang lengkap dengan kamera,radio,video ngan leh mp3.Lagi satu yang biasa-biasa je untuk kegunaan yang lasak dengan sebijik laptop untuk kegunaan aku sambung belajar.Untuk peranan akal dan hati,dia dah menjalan kan tugas sama macam di atas.Di sini nak cerita sedikit tentang usaha aku.Habis je peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),aku terus carik kerja.Ada la dalam dua tiga kilang aku cuba.Dua tiga kali gak la aku berhenti sebab tak selesa.Last sekali aku kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang.

Gaji ok gak la.Busuk-busuk pun leh dapat RM1000 sebulan.Kerja ni senang,kalau dah senang macam ni pun guard masih nak curik tulang lagi,aku tak tau nak cakap apa la kan.Masa aku kerja ni,aku bantai overtime banyak-banyak.Ada overtime je aku sapu.Nak duit lebih,kerja kena la lebih ye tak??Siang malam aku kerja,kadang cuti pun aku rembat kerja.Aku simpan duit tu tak pernah guna.Dari bulan 7 sampai 9.Bulan 9 baru aku guna beli handphone yang aku nak.Habis dalam RM700 gak la.Lepas tu aku recover balik duit aku.Kerja rajin-rajin lagi sampai bulan 12.Bulan 12 aku berhenti sebab bulan satu nak sambung belajar.Masa tu la aku kuarkan RM2000 dalam bank aku,aku terus beli laptop.Tak kisah la apa jenama sekali pun.Bukan aku tau sangat pun pasal laptop mana yang bagus.Baki duit gaji aku tu,aku beli kelengkapan dan untuk bayar yuran aku belajar.Aku tak kisah duit aku habis cepat.Tapi aku puas hati sebab hasilnya aku nampak dan aku dapat apa yang aku nak.

Jadi,terbukti lah di sini bahawa(nape ayat macam skema je??)3 perkara tu la penyebab aku dapat apa yang aku nak.Andai kata aku hanya fikir kan nak sesuatu,tapi hati aku tak tetap.Kejap berubah-ubah,tak dapat gak…Andaikata akal dan hati dah ok,tapi usaha tak ada,sama la dengan hangat-hangat taik ayam.So,3 perkara ni memang saling di perlukan untuk mencapai cita-cita kita.Sama la jugak kalau aku nak kan awek kan??Akal fikir nya nak kan seorang awek…hati berkata nak awek tu…cantik,baik,solehah…jadi,tetapkan hati pada satu awek tu,jangan kejap awek tu,kejap awek lain…Lepas tu usaha la sampai dapat…InsyaAllah kalau dah jodoh dan dengan izin Allah,kita mesti dapat punya.

(Aku sampai sekarang takde awek sebab “Akal dengan Usaha” aku tak menjalankan tugas dan memainkan peranan nya lagi.Sebab dalam otak aku,aku nak ada awek,tapi fikir duit takde…tapi aku nak awek(Nampak di sini aku masih serabut).Usaha pulak,nak dekat ngan pompuan pun aku malu-malu…hahaha..lagi pun lau dekat pun bukan aku ada tujuan.Kaku pulak aku nanti.Kat sini yang main kan peranan,”Hati” aku je…Aku minat kat awek tu la,kat awek ni la…Tapi ada seorang awek ni la,aku dah letak dalam hati,Cuma belum kunci je lagi..so,kejap leh kuar dari hati,kejap masuk balik..hehehe…ah!,melalut pulak aku dari cerita asal.Ok la,babai…jumpa lagi di cerita aku yang akan datang.Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.)

Saturday 17 December 2011

KEBENARAN YANG KU ALAMI...

Kebenaran…Kali ini aku nak ceritakan tentang beberapa kebenaran yang telah aku fikir dan selidik melalui fikiran aku.Pertama tentang di timpa sakit atau musibah.Kedua balasan orang yang mengutuk atau mengejek.

Aku pernah terbaca dan terdengar tentang sakit atau musibah ni adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa atau mengubah seseorang kepada yang lebih baik.Sekarang aku percaya tentang kebenaran ni.Sebab nya,secara jujurnya di sini aku nak bagitahu la,bukan nak memalukan diri aku,cuma nak bagi peringatan kat kawan-kawan atau kenalan di luar sana.

Dulu masa aku budak-budak(dah akil baligh),aku ni kira nakal dan degil gak.Mak bapak aku sendiri aku layan teruk.Aku suka marah-marah mak aku.Aku pernah tendang mak aku dan buat mak aku menangis.Dengan ayah pulak,aku tak boleh di tegur,kalau ayah aku tegur,aku akan masam muka dan tak kan bercakap dengan dia.Walaupun dia marah,aku akan lari pergi rumah wak aku.Ni baru ngan mak bapak…Dengan orang lain,aku pernah cabut semua tanaman bunga yang cantik-cantik kat halaman rumah orang sebab aku tak puas hati dengan orang tu dengan anaknya.Yang dapat malu mak bapak aku.Ahli keluarga aku sendiri semua aku nak musuhkan.Bab-bab sembahyang dengan mengaji,aku dulu memang tak buat.Mungkin bila korang baca cerita ni,ada yang fikir aku tak de lah teruk sangat macam bunuh orang atau merompak dan bergaduh.Tapi yang aku buat semua ni,korang ada fikir tak yang melawan cakap mak,buat mak menangis tu satu dosa??

Sekarang aku dah terima balasan nya.Aku di sah kan ada penyakit semasa umur aku 14 tahun.Aku duduk dekat wad hampir satu bulan.Selepas keluar,aku terpaksa masuk balik.Begitu la seterusnya aku keluar masuk wad.Hospital bagaikan rumah kedua aku.Bila aku kat hospital,orang yang aku dulu marah-marah,yag aku pukul tu lah yang jaga aku siang dan malam.Orang tu adalah mak aku.Aku menangis.Kalau dulu aku salahkan takdir,kenapa bagi aku sakit.Tapi sekarang,aku redha,kalau tuhan tak bagi kat aku macam ni awal-awal,mungkin sampai sekarang aku masih kurang ajar dengan mak bapak,aku tak sembahyang dan lakukan perkara-perkara yang salah tanpa berfikir.Di sebabkan aku sakit,sedikit-sebanyak ianya telah mengawal aku dari melakukan perkara-perkara yang salah.


Kebenaran untuk balasan orang yang suka mengutuk dan mengejek.Yang ni aku rasa tak yah citer panjang kot…hehehe…Yang ni memang jelas kat mata aku.Kalau Allah tak balas kat akhirat,dekat dunia ni jugak Allah balas.Hasil nya,ni ha nak citer…Aku dulu suka ejek orang gemok.Aku panggil gemok gedempol la..gajah la..macam-macam.Mana ada yang tak sempurna kat diri seseorang,mesti tak lepas dari mulot aku untuk mengejek.Sekarang semua tu kena balik kat aku.Aku dah jadi gemok,aku gak pernah rongak gigi depan,aku jadi hitam.Ni la akibatnya ejek orang.Kalau korang tak kena,mungkin ianya akan kena kat anak cucu korang.

Selepas aku dah jadi cam ni,aku tak ejek orang dah.Lau ada orang badan gemok,aku akan panggil badan besar je.Bila ada orang ejek aku,lantak kau la….aku diam je…sebab aku dah tau akibat nya…sekarang orang yang ejek aku tu,badan kau pun dah sama macam aku la wei…dulu kau bukan main kurus,ramping…Dalam diam,aku sebenarnya perhati gak mereka-mereka ni bila di timpa kesusahan,aku teringat balik..Dulu ko wat kat aku macam ni…patut la ko terima akibat macam ni…(aku fikir dalam hati)

Kesimpulan yang dapat aku huraikan di sini(cewah,ayat karangan…nak dapat A dalam UPSR ke??)kebenaran tentang sakit atau musibah adalah penghapus dosa dan mampu mengubah kita kepada insan yang lebih baik.Tentang ejek-mengejek pulak,senang citer macam ni la…WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK…hehehe…(Nak di beritahu,idea ni datang masa aku tengah makan gak…hahaha..)

Thursday 15 December 2011

SECEBIS,SECUBIT KENANGAN AKU...

Zaman sekolah rendah atau budak kecik,membawa satu maksud yang besar.Terkenangkan budak yang nakal,budak yang rajin belajar,pertama kali didenda oleh cikgu dan banyak lagi peristiwa gembira yang berlaku masa ni.Aku nak citer pasal sekolah rendah sebab aku banyak pengalaman best masa sekolah rendah.Sekolah menengah tak.Mungkin aku dah berubah dari seorang budak yang…kepada budak yang…ikuti lah kisah hidup aku ni ye…

Masa zaman sekolah rendah kita gembira selalu.Bebas dan kurang fikirkan tanggungjawab.Ingat nak main,TV,game,jalan-jalan,happy-happy la tu kan.Dekat sekolah pun 80% otak fikir main ngan nak jumpa kawan-kawan je,20% lagi aku fokus dalam kelas sebab cikgu garang-garang.Tapi walaupun dorang garang,perangai asik nak main tu tetap tak leh ilang.Akibatnya,tu yang kena rotan,kena berdiri atas kerusi,kena lari satu padang,kena jemur tengah panas…hahaha..nostalgia-nostalgia.

Waktu rehat pulak,loceng bunyik je,acara lumba lari pun bermula.Sape cepat sampai kantin,takde lah kena berhimpit-himpit dan makanan pun kita dapat.Selesai je makan,tak boleh masuk kelas waktu rehat.Ada yang pergi pusat sumber.Tapi budak cam aku ni??Pusat sumber adalah tempat yang bosan…hahaha…Masa ni la aku ngan kawan-kawan main galah panjang ke,takraw ke,konda-kondi,bola sepak tin,main getah dan macam-macam lagi la.Banyak sangat mainan nye.Tapi bukan yang gajet-gajet atau teknologi la.Lau nak tau lagi lanjut,nanti aku citer kat lain punya citer…

Berbalik pada citer lepas main tadi,biasanya lepas waktu rehat,budak-budak laki baju nya akan basah,badan bau peluh.Masa tu gak la aku tak selesa nak belajar.Dalam otak dah fikir nak balik rumah je.Sekarang ni aku terfikir gak,masa zaman sekolah rendah dulu,masa bila aku fikir nak belajar??Pagi datang sekolah,main masa belajar dalam kelas,rehat main,pastu nak balik rumah.Petang sekolah agama pun cam tu gak.Malam,wat kerja sekolah mana yang aku tau je,yang tak tau besok tiru kawan,pastu tido.Memang tak belajar aku ni…hahahaha…

Aku paling suka hari Jumaat,Sabtu ngan Ahad.Habis je sekolah agama waktu petang masa hari Jumaat,aku terasa macam merdeka.Dalam otak tu dah plan baik aktiviti untuk hari Sabtu ngan Ahad.Biasanya aku memang main ngan sepupu-sepupu aku sebab rumah diaorang je yang dekat.

Hari cuti bermula,awal pagi jam 7 aku dah siap mandi.Hahahaha!...Sarapan tak lagi tu.Aku dah jalan pergi rumah wak aku.Tujuan aku,leh tengok citer katon ngan sarapan pagi ngan sepupu aku.Ramai sikit…hehehe…Biasanya citer katon start dari pukul 9 sampai pukul 12(maksimum).Masa tu lah kitorang akan duduk diam je kat dalam rumah.Antara citer katon yang aku ingat,pukul 9-Sailormoon,9.30-Dragon Ball,10-Oggy & The Coacroches,10.30 Pink Panther,11-Digimon.

Habis je suma ni,baru lah kitorang kuar merayau satu kampong.Tak pun belasa’an(masuk dalam semak atau kebun,istilah Jawa kot,sebab mak ngan wak aku selalu guna)main pondok-pondok,tapi bukan main yang mak-mak tu.Ni kitorang buat rumah dari pokok getah yang kecik lagi dengan pelepah kelapa bali(kelapa sawit).Siap masak maggi,tidur sume tengah-tengah hari buta dalam kebun.Nyamuk??apa lagi,carik la daun-daun kering,bakar…

Aktiviti lain,kitorang gak carik Damar.Damar ni terhasil daripada kayu pokok yang dah reput,terbiar lama(pe yang aku tau la).Selesai carik,proses seterusnye adalah menumbuk Damar tu sampai jadi serbuk yang halus.Lepas tu barulah boleh beraksi dengan api dan masa tu jugak la bila kantoi,sorang-sorang kena tarik telinga,kena cubit sebab main api…hahahaha…

Sekarang ni,semuanya berubah.Kita mula cari kerja.Cari kehidupan.Masing-masing dengan hal masing-masing.Hidup setiap hari sentiasa berulang,dan terus berulang.Sungguh membosankan.Cuti pun cuma beberapa hari.Tak lama macam cuti sekolah.

Hidup ni banyak betul pengalaman dia.Setiap orang ada langkah masing-masing.Hari-hari yang berlalu akan terus kekal sebagai memori..Dengan memori ini,kita akan belajar menghargai apa yang telah kita miliki untuk kita terus dewasa…Kita warnai langit dengan tangan kita sendiri(ni perumpamaan je ye).

Kegembiraan jarang datang bertandang dalam hidup kita tetapi apabila ianya hadir,hargailah ia dengan sebaik mungkin.Jika hidup selalu gembira,segalanya akan lebih bermakna.

Selagi jantung ini terus berdegup,mimpi…persahabatan…keberanian…segala-galanya…!Akan terus diabadikan dalam jiwa ini.Selamanya.

(Cerita yang aku kongsikan ni hanyalah secebis je dari pengalaman hidup aku.Cerita banyak kang,baik aku buat novel je…hahaha…)

Wednesday 7 December 2011

NIKMATI KEHIDUPAN

Orang pakai Alphard,kau nak pakai Alphard,orang pakai BlackBerry,kau nak pakai BlackBerry,orang pakai New Balance,kau nak pakai New Balance.Nikmati kehidupan,jangan jadi orang lain.

Contohnya bila nampak kawan berjaya sebab jadi salesman minyak wangi,kita pun nak jadi macam tu.Bila tengok orang jual burger  pakai Mitsubishi Lancer Evo 10,kita pun mulalah berkira-kira belajar masak burger.Contoh lain ialah jangan terikut-ikut cara hidup orang lain.Setiap orang ada punca rezeki dan gaya hidup masing-masing.Kalau semua orang nak beli Mercedes dengan BMW,siapa nak beli Myvi dengan Saga?.

Dunia ni dah ada ketetapan dan rezeki masing-masing.Kemampuan adalah apa yang kita rancang.Kalau dah sebulan dapat seribu,kenapa mesti hari-hari nak makan McD?Kalau makan Nasik Lemak tak kenyang ke?Siapa yang tak nak jadi senang,semua orang nak pakai kereta besar ,rumah besar,bini besar,tapi macam yang aku cakapkan tadi,senang pada material tak semestinya selari dengan kehidupan.Kalau duit banyak tapi terpaksa tidur 4 jam sehari pun,takde makna gak.Yang penting buat apa yang kita suka dan nikmati hidup sepuasnya.

Kalau kata kita mampu modified sebuah Proton Wira,buat dengan sabar,buat sikit-sikit,lama-lama cantik gak kereta tu.Boleh gak ada rupa Evo 1,2 atau 3.Walaupun tak macam yang original Mitsubishi.Tak payah nak cemburu dengan kawan yang pakai Subaru Version 9 dengan kos modified 50K sekalipun.Kita perlu berjaya jadi diri sendiri untuk berjaya dalam hidup,tetapkan pendirian.Cita-cita tak semestinya untuk budak-budak di bangku sekolah.Dalam hidup jangan fikir menyesal ke atau perkara yang dah jadi sejarah,tak payah nak fikir positif negatif,pandang kedepan,redah apa yang ada.

Jadi ingatlah,setiap orang ada rezeki masing-masing.Mungkin kita boleh ikut mereka yang dah berjaya,dengan menjadikan mereka sebagai contoh dan menambahkan semangat kita untuk berusaha lebih gigih supaya menjadi seperti mereka.Ini tidak,kita gaji hanya RM1000 tetapi sanggup berhutang sana-sini semata-mata nak dapatkan apa yang kawan gaji RM10000 ni ada.Bersyukurlah wahai kawan,bersyukurlah.

Cerita untuk kali ni aku amik “based” atau berdasarkan dari Majalah KERETA keluaran bulan Disember 2011,BIL 144.Artikel ni aku dah ubah sikit-sikit supaya takde la rasenye meng”copy”  dan “paste” hasil dan kerja seseorang.Rasanya bukan sikit-sikit kot,banyak yang aku ubah ni.
Idea datang sewaktu hujan turun selepas waktu Zohor,selepas aku solat Zohor dan makan tengahhari.Masa makan tu la idea datang mencurah-curah.Mak aku masak Asam Pedas ikan Cencaru pulak.Selesai je makan,aku terus taip menggunakan “mesin taip” aku ni.Aku “cout<<”(bahasa C++ untuk mengeluarkan output)segala apa yang aku fikirkan semasa makan tadi.Dan inilah hasilnya.Andaikata aku dikira mencuri artikel ni,aku mintak maaf,jangan saman aku,aku takde duit nak bayar.Tujuan aku adalah untuk berkongsi artikel yang aku rase best ni.Sebabnya,ada gak yang tak baca Majalah KERETA kan?Jadi aku guna kan kemudahan Blog ni untuk berkongsi artikel,tak payah la aku nak belikan setiap sorang satu,suh baca ataupun aku bawak buku ni,tunjuk kat tiap orang.Sekian,wassalam.

Thursday 10 November 2011

Kad Huruf D....

Yahoo!..akhirnya dapat gak aq kad huruf D ni....hari tu nk dptkn,tp gagal plak....kne byr RM100...aq repeat blk hr ni....wt test.....Alhamdulillah,aq lulus......Kad huruf D??hahahaha...saje je tu...sbnrnye aq bru lulus test jpj utk lesen kereta..tak lame lg kuar la lesen tu....aq pn leh r bwk kete jln2....bwk adik2 aq....hehehe.....aq dpt giliran yg agak nk last la jugak...mse tu dh pukul 12 tgh hr lebih..tester pn dh "lemau"...dgn cuace pns lg.....dye suh wt cpt2....dye pn cm mls nk jge dh....tester hr ni dlm litar semuanye lelaki...cantekk...hahahaha....hr tu aq gagal sbb tester pompuan la...strict giler....tak nak bg peluang langsung...ok la..cukupla smpai sini je aq luah pasaan happy aq....hari ini hati aq berbunga2.....Taman Astakona!..hahaha....bye.

Monday 7 November 2011

Hari Kedua Raya Korban ataupun Aidiladha

Hari  ni,7 hari bulan 11,2011...seronok la jugak...Keluarga besar belah mak aku wat korban seekor lembu.Acik2 dan wak2 aku semua gotong - royong "menyetelkan" seekor lembu tu...daripada seekor lembu yang hidup,sehingga lah menjadi sup gear box,rendang,dan macam2 lagi jenis masakan.Aku rasa raya haji ni lebih meriah daripada hari raya puasa...sebab semua ahli keluarga,sepupu aku berkumpul kat rumah arwah atok dan nenek aku....setelah sekian lama kitorang jarang berkumpul,ni lah masa yang tak akan aku lepaskan walau apa cara sekalipun.Sebenarnya,aku patut balik ke Sabak Bernam hari ni...tapi aku tangguhkan balik besok semata-mata kerana hari ini adalah hari istimewa...umpama hari keluarga jugak la....ok la..sekian cerita aku untuk hari ini...kalau tak best,mintak maaf la...aku pun budak baru belajar main blog ni...peace yawh!...(^_^)