Saturday 17 December 2011

KEBENARAN YANG KU ALAMI...

Kebenaran…Kali ini aku nak ceritakan tentang beberapa kebenaran yang telah aku fikir dan selidik melalui fikiran aku.Pertama tentang di timpa sakit atau musibah.Kedua balasan orang yang mengutuk atau mengejek.

Aku pernah terbaca dan terdengar tentang sakit atau musibah ni adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa atau mengubah seseorang kepada yang lebih baik.Sekarang aku percaya tentang kebenaran ni.Sebab nya,secara jujurnya di sini aku nak bagitahu la,bukan nak memalukan diri aku,cuma nak bagi peringatan kat kawan-kawan atau kenalan di luar sana.

Dulu masa aku budak-budak(dah akil baligh),aku ni kira nakal dan degil gak.Mak bapak aku sendiri aku layan teruk.Aku suka marah-marah mak aku.Aku pernah tendang mak aku dan buat mak aku menangis.Dengan ayah pulak,aku tak boleh di tegur,kalau ayah aku tegur,aku akan masam muka dan tak kan bercakap dengan dia.Walaupun dia marah,aku akan lari pergi rumah wak aku.Ni baru ngan mak bapak…Dengan orang lain,aku pernah cabut semua tanaman bunga yang cantik-cantik kat halaman rumah orang sebab aku tak puas hati dengan orang tu dengan anaknya.Yang dapat malu mak bapak aku.Ahli keluarga aku sendiri semua aku nak musuhkan.Bab-bab sembahyang dengan mengaji,aku dulu memang tak buat.Mungkin bila korang baca cerita ni,ada yang fikir aku tak de lah teruk sangat macam bunuh orang atau merompak dan bergaduh.Tapi yang aku buat semua ni,korang ada fikir tak yang melawan cakap mak,buat mak menangis tu satu dosa??

Sekarang aku dah terima balasan nya.Aku di sah kan ada penyakit semasa umur aku 14 tahun.Aku duduk dekat wad hampir satu bulan.Selepas keluar,aku terpaksa masuk balik.Begitu la seterusnya aku keluar masuk wad.Hospital bagaikan rumah kedua aku.Bila aku kat hospital,orang yang aku dulu marah-marah,yag aku pukul tu lah yang jaga aku siang dan malam.Orang tu adalah mak aku.Aku menangis.Kalau dulu aku salahkan takdir,kenapa bagi aku sakit.Tapi sekarang,aku redha,kalau tuhan tak bagi kat aku macam ni awal-awal,mungkin sampai sekarang aku masih kurang ajar dengan mak bapak,aku tak sembahyang dan lakukan perkara-perkara yang salah tanpa berfikir.Di sebabkan aku sakit,sedikit-sebanyak ianya telah mengawal aku dari melakukan perkara-perkara yang salah.


Kebenaran untuk balasan orang yang suka mengutuk dan mengejek.Yang ni aku rasa tak yah citer panjang kot…hehehe…Yang ni memang jelas kat mata aku.Kalau Allah tak balas kat akhirat,dekat dunia ni jugak Allah balas.Hasil nya,ni ha nak citer…Aku dulu suka ejek orang gemok.Aku panggil gemok gedempol la..gajah la..macam-macam.Mana ada yang tak sempurna kat diri seseorang,mesti tak lepas dari mulot aku untuk mengejek.Sekarang semua tu kena balik kat aku.Aku dah jadi gemok,aku gak pernah rongak gigi depan,aku jadi hitam.Ni la akibatnya ejek orang.Kalau korang tak kena,mungkin ianya akan kena kat anak cucu korang.

Selepas aku dah jadi cam ni,aku tak ejek orang dah.Lau ada orang badan gemok,aku akan panggil badan besar je.Bila ada orang ejek aku,lantak kau la….aku diam je…sebab aku dah tau akibat nya…sekarang orang yang ejek aku tu,badan kau pun dah sama macam aku la wei…dulu kau bukan main kurus,ramping…Dalam diam,aku sebenarnya perhati gak mereka-mereka ni bila di timpa kesusahan,aku teringat balik..Dulu ko wat kat aku macam ni…patut la ko terima akibat macam ni…(aku fikir dalam hati)

Kesimpulan yang dapat aku huraikan di sini(cewah,ayat karangan…nak dapat A dalam UPSR ke??)kebenaran tentang sakit atau musibah adalah penghapus dosa dan mampu mengubah kita kepada insan yang lebih baik.Tentang ejek-mengejek pulak,senang citer macam ni la…WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK…hehehe…(Nak di beritahu,idea ni datang masa aku tengah makan gak…hahaha..)

4 comments: