Sunday 25 December 2011

AKAL,HATI DAN USAHA...


(AKU SUKA BUAT CERITA PANJANG-PANJANG SEKARANG NI.KALAU KORANG BACA SEKERAT JALAN,MUNGKIN KORANG TAK DAPAT APA YANG AKU CUBA SAMPAIKAN.KALAU KORANG NAK CARIK MUTIARA,KORANG TAK KAN JUMPA KALAU CARIK KAT PERMUKAAN LAUTAN…KALAU DAH SAMPAI DASAR PUN TAK JUMPA,TAKDE REZEKI LA NAMANYA TU…TAK SEMUA LAUTAN KITA SELAM ADA MUTIARA…)

Akal,hati,usaha…3 gabungan yang akan mendapatkan target atau kemahuan kita.3 benda ni aku kaji dan dapati,ianya akan mendapatkan apa yang aku hajati jika aku benar-benar mahukan nya.Di sini aku hanya memfokuskan kepada gabungan akal,hati dan usaha.Di ingat kan lagi sekali,”AKU HANYA MEMFOKUSKAN KEPADA AKAL,HATI DAN USAHA SAHAJA”.Aku bercerita ni tentang berdasarkan diri aku sendiri.Kalau tak sama dengan korang,tu korang punya hal la…sebab lain orang,lain cara dan pendapat…hehehe…

Aku dapat kesan perkara ni semasa aku nak tido yang belum terlena.Aku terfikir selama ni jika aku nak kan sesuatu barang tu sangat-sangat,apa penyebab yang aku leh dapatkan nya.Contoh pertama yang aku bagi di sini ialah motor pertama yang aku beli masa aku tingkatan 4.Dalam akal aku(fikiran la tu…)aku sering terfikir nak kan motor sendiri supaya aku senang nak ke mana-mana.Sebab kalau nak pinjam motor bapak aku,memang tak dapat la…dia nak bawak pegi kerja…Di sini,akal aku telah memainkan peranan nya yang pertama.Kemudian hati aku pulak,aku niat kan aku akan dapatkan gak sebijik motorsikal…aku tetapkan hati aku,walau apa pun yang jadi aku nak gak.Hati aku memang macam ni.Kalau aku dah kata nak,aku nak gak…kalau aku kata tak nak,tak yah la nak pujuk…memang tak la jawapan nya..hahaha…Hati telah menjalan kan tugas nya di sini untuk aku dapat kan motor.Untuk tugas yang ketiga di serahkan kepada usaha.

Aku mula mengatur plan macam mana nak dapatkan motor.Habis je Peperikasaan Menengah Rendah(PMR),aku terus buat cuti sekolah sendiri(ponteng).Aku bekerja di kantin kilang tempat bapak aku kerja.Adalah dalam dua bulan kot...Kat situ je aku dah dapat RM600.Sambil tu aku ada gak ikut pak cik aku wat kerja – kerja kebun.Amik upah sikit-sikit je.Jual nenas,tanam anak nenas,cabut pokok kunyit dan basuh kunyit dalam parit.Akhirnya dapatlah RM1000 lebih dalam tangan.Dapat la aku keluar sebijik motor dengan RM1000 duit aku sendiri.Tapi untuk bayar bulan-bulan RM80,tu bapak aku la…sebab lepas cuti tu kan dah sekolah…RM1000 tu untuk duit kuarkan motor je…hahaha..(jadilah…separuh duit aku,kena la jaga motor tu…aku sayang gak).

Kemahuan aku yang besar untuk bukti yang kedua ni pulak,aku nak kan dua handphone baru dengan sebijik laptop.Satu yang lengkap dengan kamera,radio,video ngan leh mp3.Lagi satu yang biasa-biasa je untuk kegunaan yang lasak dengan sebijik laptop untuk kegunaan aku sambung belajar.Untuk peranan akal dan hati,dia dah menjalan kan tugas sama macam di atas.Di sini nak cerita sedikit tentang usaha aku.Habis je peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),aku terus carik kerja.Ada la dalam dua tiga kilang aku cuba.Dua tiga kali gak la aku berhenti sebab tak selesa.Last sekali aku kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang.

Gaji ok gak la.Busuk-busuk pun leh dapat RM1000 sebulan.Kerja ni senang,kalau dah senang macam ni pun guard masih nak curik tulang lagi,aku tak tau nak cakap apa la kan.Masa aku kerja ni,aku bantai overtime banyak-banyak.Ada overtime je aku sapu.Nak duit lebih,kerja kena la lebih ye tak??Siang malam aku kerja,kadang cuti pun aku rembat kerja.Aku simpan duit tu tak pernah guna.Dari bulan 7 sampai 9.Bulan 9 baru aku guna beli handphone yang aku nak.Habis dalam RM700 gak la.Lepas tu aku recover balik duit aku.Kerja rajin-rajin lagi sampai bulan 12.Bulan 12 aku berhenti sebab bulan satu nak sambung belajar.Masa tu la aku kuarkan RM2000 dalam bank aku,aku terus beli laptop.Tak kisah la apa jenama sekali pun.Bukan aku tau sangat pun pasal laptop mana yang bagus.Baki duit gaji aku tu,aku beli kelengkapan dan untuk bayar yuran aku belajar.Aku tak kisah duit aku habis cepat.Tapi aku puas hati sebab hasilnya aku nampak dan aku dapat apa yang aku nak.

Jadi,terbukti lah di sini bahawa(nape ayat macam skema je??)3 perkara tu la penyebab aku dapat apa yang aku nak.Andai kata aku hanya fikir kan nak sesuatu,tapi hati aku tak tetap.Kejap berubah-ubah,tak dapat gak…Andaikata akal dan hati dah ok,tapi usaha tak ada,sama la dengan hangat-hangat taik ayam.So,3 perkara ni memang saling di perlukan untuk mencapai cita-cita kita.Sama la jugak kalau aku nak kan awek kan??Akal fikir nya nak kan seorang awek…hati berkata nak awek tu…cantik,baik,solehah…jadi,tetapkan hati pada satu awek tu,jangan kejap awek tu,kejap awek lain…Lepas tu usaha la sampai dapat…InsyaAllah kalau dah jodoh dan dengan izin Allah,kita mesti dapat punya.

(Aku sampai sekarang takde awek sebab “Akal dengan Usaha” aku tak menjalankan tugas dan memainkan peranan nya lagi.Sebab dalam otak aku,aku nak ada awek,tapi fikir duit takde…tapi aku nak awek(Nampak di sini aku masih serabut).Usaha pulak,nak dekat ngan pompuan pun aku malu-malu…hahaha..lagi pun lau dekat pun bukan aku ada tujuan.Kaku pulak aku nanti.Kat sini yang main kan peranan,”Hati” aku je…Aku minat kat awek tu la,kat awek ni la…Tapi ada seorang awek ni la,aku dah letak dalam hati,Cuma belum kunci je lagi..so,kejap leh kuar dari hati,kejap masuk balik..hehehe…ah!,melalut pulak aku dari cerita asal.Ok la,babai…jumpa lagi di cerita aku yang akan datang.Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.)

3 comments:

  1. dalam banyak2 citer..zie tertarik part awek tu la..ahaha.. :P

    ReplyDelete
  2. hahaha..sbb tu aku suh selam dalam2..baru tau citer kn..=p

    ReplyDelete
  3. cerita kau ni mmg bagi inspirasi,
    sangat berlainan situasi ko dengan aku k-roll,
    ko usaha sendiri utk dptkan sesuatu benda tu tp aku?...
    hope bila aku jd engineer,dptlah aku balas jasa mak bapak aku,inshaAllah...

    ReplyDelete